Tuesday 20 December 2011

Takdir Tuhan Terus Berlari


.::. Takdir Tuhan Terus Berlari .::.

sungguh,
hati yang punya rasa,
melakar cinta buat manusia,
sedang cinta pada tuhan,
masih rapuh menunggu runtuh.


sungguh, 
seru pencinta bertandang meminta,
menggalak hati bertukar rasa,
sedang seru tuhan,
masih sering dilengahkan.

sungguh,
bertemu menyapa mengenal rupa,
bertukar rahsia berbalas cerita,
sedang tuhan yang kekal,
hanya nama dikenal.

sungguh,
berabang bersayang berhubby berhoney,
berhubung kasih menyerah hati,
malang, Tuhan abadi,
disisih dinafi.

sungguh,
indah dunia kerana cinta,
menghirup madu mencalar fitrah,
Tuhan berkata tidak diendah,
akibat buta duka nestapa.

sungguh,
saat takdir berbicara indah,
menangis meratap meminta hidayah,
Tuhan tidak berpaling tadah,
menunai janji memayung barakah.

sungguh,
saat sepi jangan berlari,
biar tetap teguh berdiri,
kerana Tuhan setia menanti,
menghulur cinta kasih hakiki.

sungguh,
takdir Tuhan terus berlari,
kehendak makhluk tak bisa atasi,
hanya iman pertahan aman,
dalam dada kemas tersimpan.

sungguh,
kurniakan aku cinta Tuhanku,
hadir bersama cinta pencintamu,
pada waktu dilimpah restu,
ibu ayah jua kasihmu,
aduhai Tuhanku,
ku mohon redhamu.

~bahasa melayu 5C~
Posted on by QurrataQalbiey | No comments

0 comments:

Post a Comment