Saturday, 22 October 2011

MTest KPLI SR J-Qaf

mental dan jiwa yang bersedia menjamin kejayaan di dewan peperiksaan


Alhamdulillah, hari ini 22 Oct 2011 saya telah menjalani satu ujian yang boleh melayakkan saya untuk ditemuduga bagi pengambilan guru J-qaf bagi tahun 2012. Ujian dijalankan di IPGK Tun Hussien Onn di Jalan Kluang, Batu Pahat Johor. Ujian akan bermula pada jam 9 pagi dan para pemohon dikehendaki berada 30 minit lebih awal di dewan peperiksaan. Mana-mana individu yang hadir 15 minit sebelum jam 9 pagi tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.

Lebih kurang jam 8.40 pagi saya tiba di dewan. Semua peserta telah dipanggil masuk untuk mendengar sedikit taklimat daripada ketua pengawas peperiksaan. Kami dikehendaki menjawab 5 jenis soalan yang masing-masing hendaklah dijawab dalam masa 30 minit sahaja. 5 jenis soalan tersebut adalah berkaitan INSAK, Analatikal, Verbal, Kuantitatif dan Bahasa Inggeris. 

Menduduki ujian ini adalah satu pengalaman untuk saya. Sejujurnya dalam 5 jenis soalan tersebut hanya Bahasa Inggeris sahaja yang saya fahami dan ketahui apakah yang bakal diajukan di dalam kertas soalan nanti. Adapun jenis soalan-soalan selainnya adalah sangat asing bagi saya kerana baru pertama kali mendengar istilah-istilah tersebut. Sehari sebelum peperiksaan ibu saya telah memberikan satu buku yang mengandungi contoh-contoh soalan bagi ujian Mtest ini. Setelah membacanya barulah saya faham maksud istilah-istilah yang tidak pernah saya temui sebelum ini.

Apabila membaca buku yang diberikan oleh ibu, saya sedikit lega tetapi masih tidak meredakan kerunsingan kerana akan berhadapan dengan soalan-soalan yang telah bertahun-tahun saya tinggalkan terutamanya berkaitan Kuantitatif ataupun Matematik. Soalan-soalan Analatikal dan Verbal juga agak sukar kerana ia memerlukan kemahiran tatabahasa dan pemikiran yang tajam untuk menjawabnya. Belum masuk ke dewan peperiksaan lagi saya sudah pening lalat. Dalam hati saya berbisik "ntah apa-apa je soalan nak jadi cikgu sekolah rendah ni ~".

Di pagi hari saya mula merasa kurang semangat untuk menduduki ujian MTest ditambah dengan kepala yang pening dan gangguan-gangguan lain yang entah kenapa pagi-pagi begini ia hadir. Namun akhirnya saya pergi juga dengan jiwa dan mental yang tidak bersedia. Sesampainya di sana, kami telah dipanggil masuk ke dewan. Kertas ujian pertama yang saya terima adalah Bahasa Inggeris. Alhamdulillah, saya harap kertas ini akan membantu otak saya untuk lebih cergas selepas ini. Walaupun saya rasa kurang yakin tetapi Bahasa Inggeris mampu me'refresh'kan kembali otak yang sudah mula berserabut di pagi hari.

Selama 2 jam setengah berada di dalam dewan dan dihadapkan dengan 5 kertas soalan yang berbeza, kelima-limanya berjaya saya jawab walaupun lebih banyak yang saya tembak (especially soalan Kuantitatif). Kelima-lima soalan tersebut dijawab secara bergilir-gilir dengan cara yang sistematik tetapi agak bahaya sekiranya tidak diteliti dengan baik. Saya hampir gagal kerana tersilap menggores jawapan Kuantitatif pada ruangan Analatikal, sedangkan bahagian Analatikal lebih mudah dan boleh di'score' berbanding soalan Kuantitatif yang lebih banyak saya tembak dari mengira untuk mendapat jawapannya. Inilah akibatnya apabila masuk ke dewan peperiksaan dengan separuh hati sahaja huhu.. Apapun alhamdulillah saya menyedari kesilapan itu lebih awal dan dapat mengubah kedudukan jawapan di tempat yang betul walaupun saya tak tahu jawapan tersebut betul ataupun tidak. Satu lagi kesilapan yang saya sedari di akhir masa sebelum dikutip kertas-kertas jawapan adalah, saya telah menggores 26 jawapan pada ruangan Bahasa Inggeris yang sepatutnya hanya 25 soalan sahaja yang perlu dijawab. Entah dari mana datangnya soalan ke 26 tersebut. Di saat saya terkejut itulah pengawas peperiksaan telah pun tersenyum di tepi untuk mengutip kertas jawapan saya. Jadi saya membalas sahaja senyuman pengawas tersebut walaupun rasa nak tergelak di hadapannya. Tawakkal sahaja la.. ~

Moralnya, silalah buat persediaan awal sebelum menduduki apa-apa ujian atau temuduga. Elakkan perkara-perkara yang mungkin boleh mengganggu emosi dan jiwa sebelum menghadiri ujian. 


Posted on by QurrataQalbiey | 2 comments

2 comments:

  1. err.. tak tahu la nak terang gane, tp soalan2 tu mcm pelik2 sikit huhu urm kalau yg mate dan BI tu biasa la tp yg len2 tu ada yg kena buat jadual sikit, gitu la.. huhu

    ReplyDelete