Tuesday 31 May 2011

Muhasabah AGM PRISMA 2010/2011 (For All My Comrades)



Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang mengurniakan aku akal untuk berfikir, merenung dan mentadabbur erti sebuah kehidupan..

Sudah lama rasanya blog ini kesunyian, sunyi tanpa buah fikiran dan pengalaman.. Sunyi kerana kesibukan yang menghambat.. Sibuk sangat ke aku? huh.. sebenarnya bukan sibuk sangat pun.. yang lebih tepat tak pandai mengatur hidup! Seharusnya aku punya masa untuk melakukan semua perkara yang aku inginkan, tetapi dek kerana tak pandai menyusun masa beginilah jadinya =) 

Posted on by QurrataQalbiey | No comments

Friday 20 May 2011

Lafaz Ini Tak Akan ku Simpan

Ada satu kerinduan menggigit hati
Melapah tumpuan menjadi ceraian
Berabad membahu resah
Mengintip waktu untuk meluah

Sungguh Masa tak mampu merubah
Kejauhan bukan masalah
Kerna janji adalah amanah
Ku pegang Ku genggam
Percayalah..
Doaku tak akan terpadam
Pada gelitanya malam..

Lafaz ini tak akan ku simpan,
"Buat yang tersayang,
Tunggu aku pulang.."

dedikasi buat: mama ayah, my beloved family (+) mek & ayah di kg. =)
Posted on by QurrataQalbiey | No comments