Sunday 11 December 2011

Barah Sekular Di Dalam Negara Islam

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama sudah tidak menjenguk blog ini.. menulis apatah lagi. Sembang-sembang dengan Izzah semalam teringat akan dia yang sangat rajin mengupdate blognya menceritakan pengalaman hidup dan berkongsi suka duka bersama teman-teman. Berbeza dengan saya yang sememangnya bukan jenis suka bercerita jika tiada isu yang ingin dibangkitkan. I prefer to keep silent than tell someone about my life. :-P

Di fikiran ini memang banyak idea yang ingin dikeluarkan, tetapi seringkali tertunda dan ditunda. Terlalu banyak perkara yang perlu didahulu dan diutamakan. Akhirnya pasti ada yang ketinggalan dan ditinggalkan. Bercakap tentang hal ketinggalan dan ditinggalkan ini.. saya sering meninggalkan, mengabaikan, tidak mengendahkan sesuatu demi satu matlamat yang lebih besar. Is it sound creepy? hee.. :-3


Don't worry, it's only a big mistake that will never happen again although I did it twice in my life. Now what did I give I got it back. (^_^) Actually it's only about time, give them your time you'll get it back one day. Trust me, you'll get it back. You just need to be patient and sincere for your sacrifice. :)

Ok.. sebenarnya bukan cerita itu yang ingin saya tulis. Bukan itu yang perlu anda fikirkan. Kita ada misi yang lebih besar. Kalau nak tahu cerita di atas, lain kali saya tulis. Berkorban atau dikorbankan? :)

Once upon a time..

Satu hari saya berbual dengan abang saya setelah dua tahun tidak bertemu dan jarang-jarang berhubung semasa saya di Jordan. Setelah dua bulan saya pulang, baru kali ini berpeluang bertemu dengannya kerana kesibukan dia di tempat kerja membataskan pertemuan kami sekeluarga. Cerita dua tahun itu memang tidak mampu dilunaskan dalam masa yang singkat, jadi peluang yang ada ini kami penuhi dengan perbincangan tentang perancangan-perancangan, masalah dan masa hadapan.

Melihatkan dia yang tidak besar-besar selama peninggalan saya ke luar negara, saya memulakan pertanyaan tentang kehidupannya. Dia dan isteri masih belum dikurniakan cahaya mata, bekerja sebagai jurutera elektronik di kilang Panasonic dengan lulusan sijil bukan mudah. Tambahan pula saat ekonomi kilang yang kurang stabil memungkin dia dan rakan-rakan dibuang kerja bila-bila masa sahaja.

Kilang yang satu masa dahulu mengeluarkan barangan-barangan elektronik yang bermutu dan popular kini hanya tunggu masa membungkus segalanya andai tidak ditangani puncanya secepat mungkin. Sudah ramai pekerja dibuang, produk kurang berkualiti, harga yang tidak berpatutan berbanding barang yang mudah dan murah didapatkan di tempat lain, tidak ada produk baru yang dapat menyaingi produk-produk lain dan pelbagai lagi masalah yang dirumuskan oleh abang saya sebagai satu masalah pengurusan.

Allah ~ Allah.. beberapa minit lepas menerima berita abang kemalangan, syukur dia selamat cuma mengalami kecederaan pada kakinya. Harap tidak terlalu parah. Moga cepat disembuhkan..

Hilang sebentar mood menulis. Allah yashfika ya akhi.

Berbalik kepada perbincangan kami, dia menceritakan bagaimana pengurus-pengurus kilang tersebut tidak menjalankan amanah dengan baik, apa yang mereka fikirkan adalah poket dan periuk nasi sendiri. Dia tidak menceritakan secara detail tetapi begitulah yang saya faham. Ya secara logiknya bagaimana syarikat gergasi yang mempunyai banyak cawangan di merata dunia mengalami kemerosotan seperti itu? Saya juga tidak pasti adakah masalah tersebut hanya berlaku di Malaysia atau sama sahaja di tempat-tempat lain. Yang pastinya ia sudah tidak sepopular dulu, anda perasankan?

Siapakah pengurus kilang di tempat dia bekerja? Muslim ke? Jawapannya tidak. Pengurusnya seorang India non-muslim. Patut la pun.. kata saya. Jika non-muslim yang menerajui pengurusan, semestinya tiada jaminan korupsi tidak berlaku, orang muslim sendiri pun fail apatah lagi non-muslim. Saya tidak mengatakan semua non-muslim begitu, ramai di kalangan mereka lebih baik pengurusannya daripada orang Islam bahkan lebih amanah.

Masalah ini berpunca daripada pengurusan yang mengabaikan konsep-konsep Islamik di dalamnya. Bagaimana? Apabila amalan korupsi, rasuah, riba, menggelapkan wang syarikat dan lain-lain terus berleluasa pengurusan hanya tinggal urusan yang sia-sia. Syarikat berada di kedudukan yang statik dan menunggu masa untuk rebah. Mesyuarat yang diadakan hanya menjadi tempat melepaskan rasa tidak puas hati dan saling menyalahkan bukan lagi membincangkan permasalahan dan cara menanganinya, dia benar-benar tertekan dengan keadaan tersebut.

Dia cuba mencari solusinya. Memikirkan sesuatu agar masalah di syarikat-syarikat perindustrian dapat ditangani. Dia mahu orang yang berlatar belakangkan pendidikan Syariah Islamiah menjadi pengurus. Jika dia punya kemampuan, dia mahu membantu rakan-rakan yang berkelulusan agama menyambung pengajian di dalam bidang pengurusan pula. Ideanya sangat menarik, namun bagi saya bukan hanya perlu memiliki sijil agama tetapi mesti punya iman dan taqwa yang tinggi serta mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Saya hanya mendengar tanpa sebarang respon. Dalam fikiran ini terbayang teman-teman se'jamaah' yang bertugas di institut-institut pengajian tinggi. Mengkader dan mentarbiah mahasiswa/wi dari pelbagai bidang. Berusaha mendidik golongan intelek agar tidak hanya memiliki kepintaran dari sudut akademik, malah menghayati Islam sebagai cara hidup.

Inilah kesan sekularisma yang berleluasa di dalam bidang pendidikan (bukan hanya di dalam bidang ini bahkan di semua bidang) dan ia harus ditangani bagi mengembalikan semula Islam sebagai solusi masalah manusia.

Kita dapat lihat pada hari ini Malaysia ditadbir oleh orang-orang Islam bahkan ada di kalangan mereka memiliki sijil dan kelulusan di dalam bidang Syariah. Malangnya ilmu yang dimiliki tidak digunakan di dalam pengurusan dan pentadbiran, bukankah itu sekular namanya?

Nilai ilmu bukan pada sijil sahaja, tetapi  pada tingkah laku dan pertuturan harian. Bukan mudah menjadi orang yang benar-benar berilmu, ia menuntut tindakan dan pengamalan. Jika ilmu yang dimiliki masih tidak diamalkan maka dia bukanlah orang yang berilmu. Kenapa? Kerana ilmu yang dipelajari tidak dilihat pada perbuatan dan pertuturan akan tetapi ia hanya ada pada nilaian mata kredit di dalam sijilnya. Saya juga masih belum sampai tahap tersebut.

Berbalik kepada persoalan tadi. Sekularisma berasal dari Eropah. Ajaran ini diasaskan oleh orang-orang Yahudi pada Revolusi Perancis 1789. Kemudian ia berkembang ke seluruh benua Eropah bagi menyekat pengaruh gereja dalam pemerintahan dan urusan duniawi dalam kehidupan masyarakat. Mereka sudah bosan dengan perilaku orang-orang 'agama' yang menyeleweng dari amanah yang dipertanggungjawabkan lalu bertindak menghukum agama dan dipenjarakan di rumah-rumah ibadat.

Tindakan  golongan ekstremis ini sememangnya layak dilakukan oleh penyeleweng-penyeleweng agama seperti mereka. Mereka bertindak sebegitu bukan semata-mata kerana kesalahan yang dilakukan oleh puak gereja akan tetapi ia adalah untuk melaksanakan misi yang lebih besar iaitu melenyapkan agama dari muka bumi. Logiknya mudah, kenapa mereka golongan Yahudi perlu masuk campur urusan gereja dan penganut Kristian? Hal ini juga dapat dilihat pada sokongan mereka terhadap ideologi Komunis yang mengetepikan agama seratus peratus daripada sistem hidup.

Sekularisma tidak layak diamalkan oleh umat Islam yang mempunyai sistem agama yang syumul.

Apa yang saya melalut ni ye? Saya dah hilang tumpuan, idea sudah bercabang dan bagai hilang punca. Bimbangkan abang yang masih di wad ICU. Moga-moga dia selamat.

Saya patut berhenti di sini jika tidak anda akan membaca tulisan yang entah apa-apa. Satu sahaja persoalan yang bermain di fikiran dan ingin dikongsikan.. Bagaimana nanti saat Islam memerintah Malaysia dalam keadaan penyakit sekular  masih terus membarah di dalam segenap bidang dan jiwa masyarakatnya? Apakah tindakan yang sepatutnya kita laksanakan?

Jangan berhenti berfikir ~

Sekian, mohon doa dari sahabat-sahabat agar abang saya selamat. Jazakumullahu khairal jaza'..
Posted on by QurrataQalbiey | No comments

0 comments:

Post a Comment