Friday, 5 August 2011

Tafsir al-Isti'azah (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم)

Tafsir al-Isti'azah (الإستعاذة) 


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم  
(Aku berlindung dengan Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam)


Huraian makna :


  • Aku minta perlindungan dari sisi Allah, dan mencari perlindungan daripada kejahatan syaitan yang angkuh lagi penderhaka, yang akan memudharatkan agama dan duniaku, yang akan menghalangku daripada melaksanakan perintahMu. Dan aku berlindung dengan pencipta yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gangguan, godaan dan bisikannya. Sesungguhnya Syaitan tidak dapat dihalang daripada mengganggu manusia melainkan dengan bantuan Allah Tuhan seluruh alam.
Posted on by QurrataQalbiey | No comments

Wednesday, 15 June 2011

فضل الله تعالى وسعة رحمته) الحديث الخامس والعشرون)

الحديث الخامس والعشرون
(فضل الله تعالى وسعة رحمته)

عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ الله عَنْهُ أَيْضًا أَنّ أُناَساً مِنْ أَصْحاَبِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوْا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ: ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُوْرِ بِالأُجُوْرِ يُصَلُّوْنَ كَمَا نُصَلِّيْ وَيَصُوْمُوْنَ كَمَا نَصُوْمُ وَيَتَصَدَّقُوْنَ بِفُضُوْلِ أَمْوَالِهِمْ. قَالَ أَوَلَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللهُ لَكُمْ مَا تَصَدَّقُوْنَ ؟ إِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيْحَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَكْبِيْرَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَحْمِيْدَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَهْلِيْلَةٍ صَدَقَةً وَأَمْرٍ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةً وَنَهْيٍ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةً وَفِيْ بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةً. قَالُوْا يَا رَسُوْلَ اللهِ: أَيَأْتِيْ أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُوْنَ لَهُ فِيْهَا أَجْرٌ، قَالَ: أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِيْ حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ وِزْرٌ فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِيْ الْحَلاَلِ كَانَ لَهُ أَجْرٌ.
 (رَوَاهُ مُسْلِم)



Posted on by QurrataQalbiey | 2 comments

Tuesday, 31 May 2011

Muhasabah AGM PRISMA 2010/2011 (For All My Comrades)



Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang mengurniakan aku akal untuk berfikir, merenung dan mentadabbur erti sebuah kehidupan..

Sudah lama rasanya blog ini kesunyian, sunyi tanpa buah fikiran dan pengalaman.. Sunyi kerana kesibukan yang menghambat.. Sibuk sangat ke aku? huh.. sebenarnya bukan sibuk sangat pun.. yang lebih tepat tak pandai mengatur hidup! Seharusnya aku punya masa untuk melakukan semua perkara yang aku inginkan, tetapi dek kerana tak pandai menyusun masa beginilah jadinya =) 

Posted on by QurrataQalbiey | No comments

Friday, 20 May 2011

Lafaz Ini Tak Akan ku Simpan

Ada satu kerinduan menggigit hati
Melapah tumpuan menjadi ceraian
Berabad membahu resah
Mengintip waktu untuk meluah

Sungguh Masa tak mampu merubah
Kejauhan bukan masalah
Kerna janji adalah amanah
Ku pegang Ku genggam
Percayalah..
Doaku tak akan terpadam
Pada gelitanya malam..

Lafaz ini tak akan ku simpan,
"Buat yang tersayang,
Tunggu aku pulang.."

dedikasi buat: mama ayah, my beloved family (+) mek & ayah di kg. =)
Posted on by QurrataQalbiey | No comments

Saturday, 16 April 2011

Syiria antara ‘ibroh dan khibroh

lurus jalan dilalui, onak dan duri menanti
24/01/11 /12.30 a.m

Bismillahirrahmanirrahim..
Jarum jam tepat ke angka 12.30 tengah malam. Rakan sebilik sudah menarik hirom menutup sebahagian tubuh yang kesejukan. Cahaya lampu telah dipadamkan. Hanya mata ini yang masih cerah, fikiran berputar memikirkan masa hadapan, hati terdetik untuk menaip risalah ini. Risalah yang ingin dikongsikan bersama teman-teman seperjuangan.

Posted on by QurrataQalbiey | No comments

Diskusi Ilmiah 3, 14hb April, Wisma Muktah.

Medan ilmu
14 April 2011

Diskusi Ilmiah 3
Politik dan Mahasiswa Persepsi dan Kecenderungan

Antara pengisian diskusi yang boleh dikongsikan:
1) Kembalikan perkataan Politik kepada istilah asalnya - "mengurus ummah". Pengurusan politik meliputi semua aspek, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, dlln.
2) Politik mahasiswa menjangkau dan merentas, memahami dan membuat penilaian.
3) Kekuasaan dan agama adalah kembar - Imam al-Ghazali
4) Idealisma yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Mahasiswa mestilah memiliki idealisma tersendiri berdasarkan ilmu yang dipelajari.
5) Ilmu membentuk idealisma.
6) Keluarkan ilmu yang telah dipelajari ke tengah masyarakat.
7) Jadikan persatuan sebagai Universiti yang kedua, pelajari ilmu yang tidak ada di bilik kuliah.
8) Kembangkan budaya ilmu di tengah mahasiswa.
9) Beza antara ilmu dan thaqofah, ilmu adalah merupakan jurusan, thaqofah adalah luar bidang, ilmu kena ada thaqofah kena miliki.
10) Dengan ilmu orang akan yakin dengan kita.

Terima kasih kepada Ust Anhar Opir atas ulasan dan huraian, moga bermanfaat buat semua yang hadir pada malam tersebut,  especially diri sendiri ;)

Posted on by QurrataQalbiey | No comments

Wednesday, 30 March 2011

Satu Langkah Satu Tekad

I know the ROAD is LONG make me STRONG

Alhamdulillah..

Segala puji-pujian buat Tuhan pencipta alam, Tuhan yang satu, tiada yang layak disembah melainkan Dia.


Dalam menelusuri kehidupan ini, tiada pengharapan melainkan kepadaNya. Tiada kekuatan melainkan dariNya. Tiada kurniaan melainkan dengan rahmatNya. Tiada kemudharatan melainkan dengan izinNya. 

Perjalanan menuju akhirat bukanlah satu perjalanan yang dihampari dengan permaidani merah, bukan juga perjalanan yang mudah. Langkah yang dihayun menuju redhaNya adalah dari rahmat dan kasihNya jua. Moga langkah ini terus tetap di jalanNya hingga ke akhirnya.. Thabbit Qulubana 'ala dinika wa 'ala to'atik..
Posted on by QurrataQalbiey | No comments