Thursday 24 November 2011

Kelas Cup Cake & ButterCream

Nozel Rumput

23 Nov 2011

Alhamdulillah pada 23hb Nov saya telah berpeluang menyertai satu kursus membuat cup cake & buttercream. Kelas ini diadakan di rumah cikgu (mama nur) dan dihadiri oleh dua orang murid sahaja iaitu saya dan adik (Maryam). Mama nur tidak mengambil murid yang ramai untuk setiap kelasnya, tetapi kelas sentiasa diadakan mengikut permintaan pelajar. Kelas bermula pada jam 2 ptg dan berakhir pada jam 6.30 ptg.. sepatutnya kelas tamat pada jam 5.30 tetapi terlajak 1 jam dek kerana tugas mendecorate kek amat payah tambahan pula kami baru pertama kali menghias kek dengan cara yang betul :) hampir 5 jam kami berdua bertungkus lumus menyiapkan tugas yang diberi. Dalam tempoh tersebut, kami dikehendaki menyiapkan 12 biji cup cake yang bermacam bentuk dan rupa. Unik dan menarik. 



12 biji cup cakes

Ini adalah cup cakes yang berjaya saya siapkan. Memang sukar men'decorate' cup cakes ini. Walaupun tidaklah secantik yang mama nur buat,  tetapi hati tetap seronok dan teruja dengan hasilnya. Pertama kali belajar menghias kek memang tak secantik 'orang pro' buat tapi kena selalu ingat, 

"Practice Makes Perfect!"  v(^__^) 

Dalam banyak-banyak bentuk & rupa kek tu, yang paling saya suka adalah men'deco' bentuk Nozel Rumput dan juga bentuk Rose. Hiasan rose adalah yang paling sukar di'deco' dan saya memerlukan banyak lagi latihan untuk membuat kelopak yang kembang dan cantik.


Rose 1


Sedia untuk di makan (^_^)

Kalau lihat pada rose yang berada di dalam piring tu ia tidak mengembang tetapi menaik hihi.. Apa pun terima kasih kepada mama nur kerana sudi mengajar kami membuat dan menghias kek. Jika ada rezki dan dengan izin Allah saya akan belajar buat kek fondant pula. Lady bird kuning di atas cup cake tu adalah salah satu bentuk yang dibuat dengan fondant.. cute kan? tapi itu beli kat kedai bukan buat sendiri (^_^) 

Setibanya kami di rumah azan maghrib telah berkumandang.. anak-anak jiran telah mula melangkah menuju ke masjid. Alhamdulillah..

Orang pertama yang merasa cup cake kami adalah budak cute ni.. "nak kek, nak kek.." merayu-rayu dengan bahasa telonya.




Umar Saleh, anak sedara sulong saya ini begitu teruja melihat kek yang bewarna-warni. Sebenarnya bukan nak makan sangat, suka cream dan gula hiasan tu je.. huhu  Habis comot jubah yang abi beli..

Credit untuk Mama Nur .. http://mamanur-bakery.blogspot.com/
Posted on by QurrataQalbiey | 2 comments

2 comments:

  1. wah..aisyah..nak buat jugak..:)
    nice cupcakes..nampak sedap!!!

    ReplyDelete
  2. izzah.. :) resepi coklat moist yang mama nur bagi ni memang sedap, alhamdulillah dapat juga belajar decoration macam ni..

    ReplyDelete