Thursday 24 November 2011

Kelas Cup Cake & ButterCream

Nozel Rumput

23 Nov 2011

Alhamdulillah pada 23hb Nov saya telah berpeluang menyertai satu kursus membuat cup cake & buttercream. Kelas ini diadakan di rumah cikgu (mama nur) dan dihadiri oleh dua orang murid sahaja iaitu saya dan adik (Maryam). Mama nur tidak mengambil murid yang ramai untuk setiap kelasnya, tetapi kelas sentiasa diadakan mengikut permintaan pelajar. Kelas bermula pada jam 2 ptg dan berakhir pada jam 6.30 ptg.. sepatutnya kelas tamat pada jam 5.30 tetapi terlajak 1 jam dek kerana tugas mendecorate kek amat payah tambahan pula kami baru pertama kali menghias kek dengan cara yang betul :) hampir 5 jam kami berdua bertungkus lumus menyiapkan tugas yang diberi. Dalam tempoh tersebut, kami dikehendaki menyiapkan 12 biji cup cake yang bermacam bentuk dan rupa. Unik dan menarik. 

Posted on by QurrataQalbiey | 2 comments