Friday 5 August 2011

Tafsir al-Isti'azah (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم)

Tafsir al-Isti'azah (الإستعاذة) 


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم  
(Aku berlindung dengan Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam)


Huraian makna :


  • Aku minta perlindungan dari sisi Allah, dan mencari perlindungan daripada kejahatan syaitan yang angkuh lagi penderhaka, yang akan memudharatkan agama dan duniaku, yang akan menghalangku daripada melaksanakan perintahMu. Dan aku berlindung dengan pencipta yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gangguan, godaan dan bisikannya. Sesungguhnya Syaitan tidak dapat dihalang daripada mengganggu manusia melainkan dengan bantuan Allah Tuhan seluruh alam.
  • Daripada Nabi s.a.w, sesungguhnya apabila baginda bangun pada waktu malam, baginda akan memulakan (membuka) solatnya dengan takbir kemudian menyebut:
     (أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم من همزه ونفخه ونفثه)
    "Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada Syaitan yang direjam, daripada bisikannya, kesombongannya, dan tiupannya.
    (Hadis ini dikeluarkan oleh Ashab as-Sunan).
  • Amru berkata : همزه المؤتة ، ونفثه الشعر ، ونفخه الكبر (Hamaza bermaksud kegilaan, Nafasa bermakna syair dan Nafakha bermaksud sombong). Ibnu Majah pula berkata:
     المؤتة يعني الجنون. والنفث: نفخ الرجل من فيه من غير أن يخرج ريقه. والكبر: التيه (al-mu'tah bermaksud gila. an-naftsu ialah seorang lelaki meludah dari mulutnya tanpa mengeluarkan air liurnya. dan al-Kibru bermakna keangkuhan) (al-Jami' li ahkam al-Quran, al-Qurtubi)
  • Peringatan: lafaz isti'azah bukanlah ayat al-Quran, ia merupakan adab yang Allah s.w.t ajarkan kepada kita ketika hendak membaca al-Quran al-Karim.
    [ فإذا قرأت القرآن فاستعذ بالله من الشيطان الرجيم ] surah an-Nahl: 98
Oleh yang demikian ia tidak ditulis di dalam al-Quran berbeza dengan basmalah.




Hukum berkaitan Isti'azah:


[ فإذا قرأت القرآن فاستعذ بالله من الشيطان الرجيم ] 
"Maka, apabila engkau (Muhammad) hendak membaca al-Quran mohonlah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk" (surah an-Nahl: 98)
  • Jumhur ulama' berkata: perintah di dalam ayat ini adalah sunat setiap kali ingin membaca al-Quran selain di dalam sembahyang. 
  • Ulama' berselisih pendapat tentang bacaan isti'azah di dalam sembahyang. Diriwayatkan daripada an-Naqash dari 'Atho' bahawa isti'azah adalah wajib, Ibnu Sirin, Nakhaie dan terdapat satu golongan, mereka membaca isti'azah di setiap rakaat di dalam sembahyang, bagi mereka perintah membaca isti'azah adalah umum. Manakala Abu Hanifah dan Syafie, mereka membaca isti'azah pada rakaat pertama sahaja di dalam solat dan diriwayatkan daripada keduanya bahawa bacaan di dalam sembahyang semuanya adalah seperti satu bacaan. Adapun Malik tidak ada meriwayatkan bacaan isti'azah di dalam solat fardhu, akan tetapi terdapat riwayat membacanya ketika Qiyam Ramadhan. wallahu'alam.


Rujukan:
  1. Tafsir bahasa Melayu
  2. al-Jami' fi Ahkam al-Quran, Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansori al-Qurtubi (671H), Jil. 1, 1999, Dar al-Fikr, Bayrut.
  3. Sofwatu at-Tafasir, Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni
  4. Mu'jam al-Wasit
  5. Kamus al-Miftah
Posted on by QurrataQalbiey | No comments

0 comments:

Post a Comment