Saturday 16 April 2011

Syiria antara ‘ibroh dan khibroh

lurus jalan dilalui, onak dan duri menanti
24/01/11 /12.30 a.m

Bismillahirrahmanirrahim..
Jarum jam tepat ke angka 12.30 tengah malam. Rakan sebilik sudah menarik hirom menutup sebahagian tubuh yang kesejukan. Cahaya lampu telah dipadamkan. Hanya mata ini yang masih cerah, fikiran berputar memikirkan masa hadapan, hati terdetik untuk menaip risalah ini. Risalah yang ingin dikongsikan bersama teman-teman seperjuangan.

Posted on by QurrataQalbiey | No comments

Diskusi Ilmiah 3, 14hb April, Wisma Muktah.

Medan ilmu
14 April 2011

Diskusi Ilmiah 3
Politik dan Mahasiswa Persepsi dan Kecenderungan

Antara pengisian diskusi yang boleh dikongsikan:
1) Kembalikan perkataan Politik kepada istilah asalnya - "mengurus ummah". Pengurusan politik meliputi semua aspek, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, dlln.
2) Politik mahasiswa menjangkau dan merentas, memahami dan membuat penilaian.
3) Kekuasaan dan agama adalah kembar - Imam al-Ghazali
4) Idealisma yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Mahasiswa mestilah memiliki idealisma tersendiri berdasarkan ilmu yang dipelajari.
5) Ilmu membentuk idealisma.
6) Keluarkan ilmu yang telah dipelajari ke tengah masyarakat.
7) Jadikan persatuan sebagai Universiti yang kedua, pelajari ilmu yang tidak ada di bilik kuliah.
8) Kembangkan budaya ilmu di tengah mahasiswa.
9) Beza antara ilmu dan thaqofah, ilmu adalah merupakan jurusan, thaqofah adalah luar bidang, ilmu kena ada thaqofah kena miliki.
10) Dengan ilmu orang akan yakin dengan kita.

Terima kasih kepada Ust Anhar Opir atas ulasan dan huraian, moga bermanfaat buat semua yang hadir pada malam tersebut,  especially diri sendiri ;)

Posted on by QurrataQalbiey | No comments